Khamis, 26 Julai 2012

Greetings From CAMBODIA... Membuatkan NH Terharu...

Assalamualaikum...


Tadi petang semasa NH hendak pergi sambung kerja, mata NH tertumpu pada peti pos yang tergantung di tiang luar rumah NH.. seperti biasa peti pos tu memang penuh dengan surat.. yelahh takkan penuh dengan coklat pulak ekk? adehh bulan2 puasa ni tengok surat pun nampak coklat.. kehh kehh.. Saabor jelahh..


NH semak satu persatu surat2 tersebut.. Tiba-tiba jantung NH Dupp Dapp Dupp Dapp.. Bila terpandang satu Poskad bergambar ... Dahh nama poskad mestilahh bergambar kann.. Adoii.. Tapi milik siapakah Poskad ini? NH perhatikan betul2 nama penerima Poskad dari kemboja tuhh.. Terang dan nyata sekali nama  penerima itu adalah nama Nasir Hamzah.. Wahh tetiba Badan NH yang lemah dan tak begitu bertenaga ni terus bersemangat.. wajah NH yang suram ketika itu terus berseri2 seperti raja sehari.. Eceehhh..


Poskad yang NH terima dari PPP... Gambar salah satu tempat menarik di Cambodia...


Rupanya2nya pengirim Poskad dari combodia ituh adalah dari seorang blogger Otai kita tak lain dan tak bukan beliau adalah Ratu Pari Pari Putih A.K.A Kak Zai... huhh.. kerana terlalu gumbira, NH terus bawa kesemua surat2 tersebut ke tempat kerja NH.. masa dalam perjalanan tuh NH asyik tersenyum penuh makna..hehehe.. sampai ditempat kerja bos NH pun terkejut bila melihat surat2 yang NH bawa tuhh.. (dalam hati awatlah aku bawak surat2 ni semua) Adooiiii...  NH hanya tersenyum kambing bila bos buat muka pelik.. saborr jelahhh...

Di kesempatan ini NH nak ucapkan terima kasih pada PPP diatas ingatan dan penghargaan beliau pada NH, Sehingga ketika beliau pergi bercuti di Cambodia pun masih lagi ingatkan NH, bukan NH saja tapi kepada sahabat2 blogger yang lain juga..Ianya membuatkan NH rasa sangat terharu... Susah kita nak jumpa sahabat blogger macam PPP, yang sering menghargai sahabat blogernya.. Nama NH dan sahabat lain seringkali berada di entri2 beliau.. Tabik springgg lah kat PPP, NH sendiri pun tak terikut dengan cara PPP... Ader jer idea yang beliau perolehi.. NH tak tahu camana membalasnya... ALLAH sajalah yang membalas jasa baik PPP.. 


InsyaALLAH NH akan simpan Poskad ini untuk kenang- kenangan dari PPP, dan ini adalah satu2nya pemberian dari sahabat blogger NH.. Fist time maa.. hang aderr?? hehehh.. sekali lagi terima kasih pada PPP... Semoga PPP sukses selalu dalam dunia blogging... Amin..

Selasa, 24 Julai 2012

Blog Nasir Hamzah Kini Sepi Dari Entri Seram Misteri...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Setelah 3hari berpuasa dan menahan lapar dan dahaga dan Berehat seketika akhirnya Nh berjaya jugak masuk blog ni.. baru je beberapa hari Nh tinggalkan blog, dah penuh dengan sawang, bukan sawang je labah2 gergasi pun pun ada.. Haha.. Tipu sudah.. Nasib baik mak menti tak dapat menyelusup masuk blog ni. kalau tidakkk.. terus glamor blog ni... kuang33x...

Hari ni NH nak mengomel sikit.. Sebenarnya ada seorang teman ni, bertanya pada Nh kenapa dh jarang update entri baru? Pastu dah takde cerita2 seram terbaru.. Dah malas nak blog kerr? ke dah putus asa?? pehh!! persoalan demi persoalan di lemparkan dari beliau yang bukan blogger pun.. cuma beliau memang suka baca entri2 blog NH ni.. Bila pertanyaan begitu di utarakan pada NH, muka NH jap berubah merah, jap berubah hijau.. jap pulak berubah pemuda soleh gituhh.. haha.. NH hanya terdiam tak tahu nak jawab apa.. cuma NH cakap tungguuuu...... Apapun NH berterima kasih pada beliau kerana beliau kini pembaca tetap blog NH...

Ok bagi jawapan tersebut, pertama sekali, seperti yg Nh pernah katakan sebelum ini, sebenarnya Nh tersangatlah sibuk ketika di bulan puasa ni.. jika kebiasaanya Nh buat satu kerja dalam sehari semalam, tp skrg ni tidak, kerja sudah jadi berganda.. siang kerja cam biasa, malam pulak kerja sambilan bagi menambah pendapatan untuk beli baju raya.. ahaha.. jangan fikir yang bukan2 okehh...

Kerja sambilan yg Nh buat di bulan puasa ni mcm2.. Sila baca list dibawah ini... Haa siap ada list bagai.. Ko hader list2 bagai neehhh.. Pinjam ayat pari2 jap... hikhik...

Yang ni pulak tempahan yang baru saja NH terima..

Yang ni pulak baju raya NH tahun ni.. yang belang2 tuhh.. kain ni dah beli tahun lepas tapi tak sempat nak jait terus tunda untuk tahun ni.. Haha boleh gituhh...

1. menyiapkan tempahan baju raya.. Huhu sentap mak nakk.. yer, percaya atau tidak sebenarnya Nh ada mengambil tempahan baju raya bg kaum lelaki dan perempuan pada setiap tahun.. tapi untuk tahun Nh terpaksa menapis tempahan tersebut dan hanya menjahit baju untuk family sendiri saja.. sebabnya? Tak larat maaa.. mana larat, penat lorhh.. jait baju ni nak kena fokus betul.. Silap potong jadi baju hujan gamaknya... Kalau masa raya nanti hujan takpelah jugak... kalau panas tak ker naya... kah kah... saboorr jelahh...

Yang gambar tona tak sekata ni adalah gambar dingding rumah NH yang telah dicat warna krimm hehee layann..

2. Mengecat rumah.. Ye ini juga adalah kerja sambilan yg NH lakukan.. tp untuk rumah sendiri ajelah ye. umah orang? doranglah yang mengecat.. hahaha..

Cantik jugak Produa Nautica nehh kan..

3. Menjadi pemandu peribadi, Ha korang kalau nak tau NH memang dah lama jadi pemandu peribadi ni.. Tapi bukanlah pemandu Datuk ke.. Datin ke.. Tapi pemandu peribadi Mak NH... Hahaha... Yerlahh, kalau tak NH sapa lagikan, kakak NH takde cita2 pun nak ambil lesen.. Yang bestnya jadi pemandu peribadi ni tiap2 tahun dapat pi melancong.. keh keh.. bukan tiap2 tahun jer tiap2 minggu dapat jalan lorhh.. ko haderrr... hihi...

Ketiga2 pekerjaan ni pun dah cukup membuatkan NH jadi kelam kelibut dibuatnya.. Rasanya cukuplah 3 tugas yg NH pikul wat masa ni.. Janganlah ditambah lagi.. Almaklum sajalah kesihatan Nh pun tak berapa baik sekarang... mungkin dugaan bulan puasa... NH redhaa...

Jadi masa Nh untuk blog sangatlah terhad.. kalau ada masa terluang pun nak buat entri takda mood sebab dah kepenatan... Maafkan NH kalau tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada blog buat masa sekarang.. InsyaAllah bila semuanya dah selesai NH akan update entri seram terbaru dan terbaik punya.. Lagi pun sekarang ni bulan puasakan.. Jadi rasanya perlulah NH bercuti dahulu dari mengupdate entri2 seramm kann? kann??

Maka dengan ini terjawablah misteri mengapa Nh menyepi buat seketika waktu.. Terima kasih pada yang bertanya tuh.. ianya adalah satu penghargaan pada NH.. maknanya adalah yg minat dengan cerita2 santai seram kat blog Nh ni.. hehe Awak suka? Saya sukaa... 

Oklah cukuplah ngomelan NH pada kali ini, Jika ada kesempatan NH akan Update lagi okey.. See you....

P/s: Agak2, entri ni kena tak dengan tajuk diatas?

Jumaat, 20 Julai 2012

Terima Kasih Kawan-Kawanku Dan Salam Ramadhan Buat Semua...

Assalamualaikum Buat Semua rakan2 dan pengunjung setia blog NH... 


Apa kabar korang semua? lama NH tak datang bertandang ke blog korang.. rasa2nya dalam 4 ke 5hari gitu.. Apa taknya NH online pun setakat guna Hp saja..  Haiss.. Tak berkesempatan langsung nak online guna laptop..  Sibuk sangat gamaknya aku nih yer.. har har har.. 


Ok dikesempatan ini NH nak ucapkan terima kasih kepada Pari_Pari Putih diatas ingatan BELIAU pada NH, Semasa BELIAU bercuti di Cambodia.. Siap tangkap Gambar seram lagi untuk NH... Rasanya itulah kali pertama PPP mengepos gambar seram di blognya, ehh yeker pertama kali? Hingga membuatkan Nh rasa tergugat bilamana blog PPP lebih seram dari blog NH.. huu huu.. Nh pun masih belum berjaya membuat pungunjung berasa seram sebegitu.. sambil jeling manja kat ppp Ko Hader gambar2 seram bagai? haa PPP aderr.. hek hek...




Juga kepada paripariputihBoni Kacakleakedknowledge, MuttallifbukankosongPelangi PetangMia LianaLina md. munirKYkerisperakEmmaTinta Lanacaliph shurikenJajas.. Yang telah memberi komen pada entri NH yang bertajuk ''KEJAM!! Video Kucing Ditanam Dalam Simen Hidup-Hidup''... Maafkan NH kerana belum sempat dapat membalas komen korang semua.. InsyaAllah Nanti NH balas okeh.. Ramai betul yang marah dengan tindakan kejam keatas kucing tersebut.. Ye!! Begitu juga dengan NH, Geram yang amat sangat.. Tergamak dia melakukan kekejaman itu pada haiwan kesayangan Nabi.. Apapun sama2lah kita berdoa supaya manusia-manusia yang pernah menyiksa binatang itu, Tak kiralah binatang apa sekalipun, di beri petunjuk dan hidayah oleh yang MAHA ESA... Dan semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan hawa nafsu Syaitan durjana...




Disni juga NH ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Buat Korang semua.. Semoga dibulan yang penuh barakah ini dapat melatih diri kita menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat... dan semoga jalinan ukhwah yang terjalin di antara kita ini diredai oleh-NYA.. InsyaAllah...


Oklah rasanya cukuplah sampai disini dulu coretan NH pada kali ini.. InsyaAllah jika ada masa terluang NH akan singgah memberi komen dan main klik2 kat blog korang yerr.. he..he.. Last sekali.. Jangan lupa NH disini Ok... AS-Salam....

Isnin, 16 Julai 2012

KEJAM!! Video Kucing Ditanam Dalam Simen Hidup-Hidup

Assalamualaikum..


Semoga Hari ini korang sentiasa sukses.. Entri pada kali ni NH nak kongsikan pulak tentang sebuah Video yang NH rasa sangatlah menyedihkan hati.. Apa tidaknya, Seekor kucing telah ditanam hidup-hidup oleh manusia yang tidak peri kemanusiaan.. Lebih menyedihkan apabila ianya ditanam di dalam tiang kongkrit yang disimen kuat pada separuh badannya.. Hampir menitis air mata NH bila melihatnya.. mujurlah ada yang cuba menyelamatkan kucing ini.. akan tetapi 2 hari selepas diselamatkan kucing ini telah mati... 



Kalau korang nak baca cerita selanjutnya bolehlah klik sini

Kalau korang sanggup.. bolehlah korang tengok sendiri video dibawah ini.. NH tengok sampai minit yang ke 3.30 jer.. Tak sampai hati rasanya nak teruskan.. nantilah tarik nafas dalam2 dulu baru sambung balik..


Marilah sama-sama kita sayangi haiwan kesayangan Nabi MUHAMMAD SAW, Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari menyayanginya...

Ahad, 15 Julai 2012

Wow!! Gambar Belon Air Pecah Dalam Gerak Perlahan

Assalamualaikum..


Hari ni Nh nak bagi korang lihat gambar yang cukup menarik dan rasanya ada diantara korang tak pernah pun melihatnya sebelum ini, termasuklah NH.. yang pastinya gambar belon air pecah ini akan bisa menggamit kenangan korang sewaktu kecil2 dulu.. jom kita lihat gambar bila belon air ini pecah dalam gerak perlahan...









Cantikkan, selalunya kita lihat belon air pecah mcm tuje... Takda sapa pun yang menghiraukan bagaimana situasi dan keadaannya ketika pecah.. Tapi sekarang bila kamera pun dah semakin canggih dapatlah kita melihatnya dan ianya sangat2lah menarik sekali serta memukau pandangan mata.... cehhh...


Dulu kalau NH nak main belon air ni, selalu guna batang dahan pokoh betik.. sampai penuh mulut dengan air sabun... Tapi sekarang nahh mcm2 jenis ada dipasaran.. beruntung la budak sekarangkan?.. urmmm...


sumber gambar

Khamis, 12 Julai 2012

Menarik!! Gambar Jambatan Khas Untuk Haiwan Melintas Di Lebuhraya

As Salam buat rakan2 blogger ku sekalian.. 


Pada kali ini NH nak konsikan korang gambar2 jambatan yang dibina di lebuhraya luar Negara bagi memberi laluan khas kepada haiwan2 liar untuk menyeberangi jalan... Korang pasti ingat pada entri NH yang bertajuk.. 

Betul Ke Ada Jambatan Untuk Orang Bunian Di PD?


Yer disebabkan ramai yang mengatakan sebenarnya Jambatan Itu dibina  untuk memberi laluan kepada haiwan melintas, maka dengan itu NH cuba mencari jawapan yang sahih.. cehh.. Akhirnya NH jumpa juga.. memang betullah bagai dikata.. walaupun ianya tidak dapat dipastikan kesahihannya.. mungkin juga ada benarnya.. pehh.. bermadahlah pulak..eheheh..

Jadi apa kata kita lihat dulu gambar2 di bawah ini yer..









Ok, Amacam? sebelum ni NH tak pernah terfikir yang jambatan ini ada.. Tempat laluan binatang melintas pulak tu.. rupanya2 memang ader.. Tapi kat luar negaralah.. kat Malaysia ada? Aha mungkin memang betullah jambatan kat PD tu dibina untuk haiwan melintas.. mungkin yang di gembar gemburkan bahawa jambatan tu tempat orang bunian melintas tu cuma tanggapan yang salah lah kot.. kot.. eheheh.. ini cuma pandangan NH jer.. tak tahu pulak pandangan korang macam mana?

Rabu, 11 Julai 2012

Masa Mencemburui Aku...

As-salam buat korang semua..

Semoga korang sihatlah hendaknya.. Aku kat sini tak berapa nak sihat.. memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu, kejap hujan, kejap panas.. apapun korang perlu jaga kesihatan korang ok.. jangan duk main hujan cam kanak2 rebena pulak.. haha.

Korang semua mesti tertanya2 kenapa dah lama aku tak update entri.. lama ke? adalah dalam 4 hari gitu.. selama 4 hari ni aku cukup2 sibuk dengan tugasan.. jadi aku cuma sempat jenguk beberapa buah blog saja.. itu pun online guna hp.. tak sempat nak buka lappy aku yg comel ituh.. ehehe.

Jadi aku ambil kesempatan ni untuk minta maaf pada korang semua jika ada yg tak sempat aku nak jenguk dan komen atau tinggalkan jejak kat blog korang.. mungkin kesibukan aku ni akan belarutan sehingga 2minggu mendatang.. apapun korang jangan berkecil hati jika aku tak sempat nak terjah blog korang ya sayang.. ecehh... sayang sudah.. hehehe..

Sekarang ni pun aku update masa tengah kojer.. huh jangan bgtau bos aku ek.. nanti tetiba surat pecat datang ke tangan aku...

Oklah akhir kata aku nak ucap terima kasih pada Lana, Pari2 putih, mr copy paste a.k.a Nasir komik, Tallif, Pcl, Nal, Etuza, Chalip, Boni, Uncle, Sis 92, Masha, Ky, Deno dan yang lain2.. kerana sudi memberi komen serta rajin jenguk blog aku ni.. Tak lupa juga pada follower2 baru, insyaAllah aku akan terjah blog korang dalam masa terdekat ini..

p/s: korang jangan lupa doakan aku cepat sembuh ya.. wat masa ni cerita2 seram aku stop dulu ok.. daaa...
posted from Bloggeroid

Jumaat, 6 Julai 2012

Pengalaman Seram Saifullah Hamzah Di Lebuhraya Karak


As Salam..
Pada kali ini NH akan paparkan kisah pengalaman seram yang dilalui oleh seorang pengguna jalan raya yang dikatakan telah disakat oleh kak ponti semasa melalui laluan lebuhraya KARAK yang terkenal dengan kisah-kisah mistiknya tersendiri.. Kalau diikutkan memang banyak cerita-cerita seram yang berlaku disini.. tapi NH ambil satu sahaja daripadanya.. Nanti korang bosan pulak membacanyakan... layannnn....


Petikan sumber dari Kosmo...




SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.
Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.
Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.
Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.
“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.


Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.
“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.
“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.
“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.
“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.


Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.
“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Ulasan dari pengguna laluan KARAK
Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.
“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.
“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.
“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.
“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.
“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.
Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.


Seram betul pengalaman yang dilalui oleh Mohd. Saifullah Adli Hamzah ni kan? Oh maaf ye, beliau bukan kembar NH hehehe, dan 3 lagi rakannya yang melalui detik seram yang boleh dikatakan cukup kritikal.. huh kalau NH ler yang memandu masa tu entah macam mana agaknya.. hais!! Apapun kawan-kawanku..kalau kita nak memulakan perjalanan tu jangan lupa baca doa naik kenderaan dan ayat kursi, InsyaAllah perjalanan kita selamat tanpa gangguan dan hati kita pun pasti akan tenang semasa memandu... 


Kalau korang nak baca lagi kisah seram lebuhraya karak ni korang boleh klik sini, sini dan sini...

Khamis, 5 Julai 2012

Misteri Bas Tersadai Di Hutan Dialih Makhluk Halus


As-Salam...


Ok sebelum NH meneruskan Entri ini, NH nak korang bayangkan sejenak... korang bayangkan,korang sedang menaiki sebuah bas, Dan bas tersebut sedang meluncur laju di lebuhraya diwaktu malam yang sunyi, dan tiba-tiba dalam sekelip mata, bas yang korang naiki itu tup2 berada didalam sebuah hutan tebal yang sangat gelap gelita.. korang tertanya2 apakah yang berlaku.. tapi tiada jawapan yang pasti.. masing-masing keliru.. tiba-tiba dalam suasana hening begitu terdengar sayup-sayup suara bertanya... banggg... ohhh banggg...kenapaaa tuuu. sesat jalan ehhh? abang tak guna Gps ke banggg? eheheheheee... Hahaha.. Ok! cukup.. ianya tak lawak pun..kah30x..


Sebenarnya semalam NH ada terbaca satu artikal di utusan online tentang  kisah pelik yang terjadi pada seorang pemandu bas yang membawa 33 penumpang sedang dalam perjalanan ke Madura Indonesia, dengan sekelip mata bus yang mereka naiki itu, yang sedang bergerak diatas jalan raya tiba-tiba je berada di dalam sebuah hutan, dalam hutan tu pulak tiada jalan langsung untuk dilalui.. hah? tak ke pelik tu? peh!! agak-agak kalau NH ada sekali dalam bus tu pun terpinga-pinga dengan apa yang berlaku..huh! dan NH tak pernah terfikir pun perkara ni boleh berlaku.. Tapi semuanya atas keizinan ALLAH... Kita harus ingat itu ye kawan-kawan semua.. Jom baca kisah selanjutnya dibawah ini...




Di Jakarta.. seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.



Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.


Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.


Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.


Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.


Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.


Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.


Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.


"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.


"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,"

Rabu, 4 Julai 2012

Siapakah Gadis Misteri Yang Bernama Nuraihan Itu?

Assalamualaikum,


Pertama sekali nasir ingin memohon maaf sebab beberapa hari ni selelu privetkan blog.. bukan apapun, nasir tengah cuba nak memberi setuhan karisma tersendiri dalam blog ni, ahaha.. Tapi apakan daya nasir belum berjaya.. maka jika korang semua perasan template blog ini telah pun nasir tukar kepada asal.. apa sebabnya biarlah rahsia..ahahaha...


Oklah tanpa membuang masa korang nasir sebenarnya nak promot satu blog, Ehehe.. Harap korang tak rasa tertipu dengan tajuk diatas..Saja wat tajuk gempak misteri, dah blog nasir ni pun penuh misteri..huhu.. sejujurnya nasir bukanlah pandai nak promot2 blog rakan.. sebab tulah kalau korang perasan cara nasir sebelum ni hanya letakkan link blog rakan yang nasir promot pada bawah entri yg  telah dipostkan.. sekurang-kurangnya dapatlah nasir menghargai rakan2 walaupun tak sesempurna mana penghargaan itu dimata korang.. Eceh..


Blog yang akan dipromot ini adalah seorang blogger perempuan.. blogger yang bru sahaja menceburkan diri dalam dunia blog yang penuh dengan pancaroba ini..  jadi nasir harap, sama-samalah kita memberi beliau semangat yg jitu dan padu kepadanya.. supaya suatu hari nanti beliau menjadi seorang blogger berjaya.. insyaAllah.. Siapa tahukan rezeki masing2..


Siapakah beliau?? Tidak lain dan tidak bukan beliau adalah anak sedara nasir yang bernama Nuraihan Kassim yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah kolej utara semenanjung.. orangnya boleh tahan cute, dan seorang yg boleh dikatakan pemberani.. eceh.. walaupun sedikit pendiam, tapi beliau mempunyai daya tarikan tersendiri bila di ajak berbual.. ok cukuplah pujian tu.. ahaha..


Jadi apa lagi jom kita kasi terjah blog beliau dan jangan lupa menfollow sekali yer.. Follow jangan tak follow..eheheh




PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..