Rabu, 21 Mac 2012

(GPS) GUNA PUN SESAT


Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di Washington selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).



Hem, macam2, ada yg cakap guna gps pun sesat, tapi kalau tak guna lagi ler sesat.. nak taknak berhenti tanya orang.. tapi kadang2 orang yg ditanya tu pun buat2 tahu je.. padahal dia pun tak tahu.. amacam?? tak ke naya tu namanya..

Pengalaman aku pergi ke sungai petani kedah dulu untuk menghadiri majlis kawin sedara disana, memang tak dapat aku lupakan. korang bayangkan, tengah2 panas terik tu aku berpusing2 kat bandar sungai petani tu. pusing2 kesitu jugak aku sampai.. aku berhenti tanya orang, memang betullah dorang tunjukkan arah, tapi seolah2 dorang ingat aku dah tahu selok belok jalan kat situ.. lagi satu masalah yg aku hadapi, kurang paham dengan loghat utara.. hem.. hampes jek..

Aku call tuan rumah, dia tengah sibuk melayan tetamu.. kejap cakap dgn aku, kejap cakap dgn tetamu.. boleh gitu? huhu.. pengabisnya, berserah dan berdoa.. ALHAMDULILLAH tiba2 je hati aku tergerak masuk ke kawasan perumahan tempat majlis berlangsung,dengan bantuan dari sorang makcik dan dengan2 dia sekali masuk dalam kereta tunjukkan jalan ke tempat majlis kawin tu..

Yg peliknya makcik tu boleh percaya kat kami, padahal baru jumpa.. dah macam kenal lama gamaknya.. cepat betul mesra.. apapun syukur lah..

Masa tu aku tak kenal lagi gps2 ni.. org kampung, pelik dengar benda2 gps ni..huhu.. tapi sekarang dah berubah, aku pulak tempat dorang minta tolong update peta gps dorang.. hikhik.. poyo jer kan..

Pada pendapat aku tentang GPS ni, aku rasa setiap sorang pemandu perlu ada satu GPS.. kerana ianya cukup memudahkan perjalan kita.. tapi ingat, jangan jadi macam cerita pemandu diatas tu? kesimpulannya, kenalah belajar cara menggunakan GPS tersebut.. macam mana nak belajar? korang jumpa en googgle tanya sama dia..hehehee.. 

....sekian...

********************************************

2 ulasan :

bebeldotsorang berkata...

biasanya GPS ni akan cari jalan yang paling dekat huhu..

nasir hamzah berkata...

betul.. tapi jangan sekali2 setting pada gps jalan shotcut.. habis jalan2 kecik dia suruh masuk.. silap2 haribulan lalu jalan kebun.. haha..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..